Makhluk luar angkasa atau makhluk asing ditakrifkan sebagai hidupan yang wujud tidak berasal dari Bumi.
Meskipun sudah banyak rakaman video, foto dan filem yang tular sejak berzaman bagi membuktikan kewujudan makhluk asing, ia belum disahkan menerusi teori sains dan fakta sebenar.
Ekoran daripada itu, para saintis di NASA kini telah mencipta James Webb Space Telescope (JWST), yang didakwa teleskop paling berkuasa yang pernah dicipta manusia.
Teleskop itu dikatakan mampu mengesan kehidupan yang wujud di planet-planet lain di luar angkasa, dengan keupayaan untuk melihat sejauh 12 bilion tahun cahaya.
Ia sekaligus mampu membantu usaha NASA dalam mencari dan mengesan sebarang kehidupan di planet lain yang mungkin wujud selama ini.
JWST sedang dibangunkan oleh NASA, Agensi Angkasa Eropah dan Badan Angkasa Kanada. Pada mulanya, teleskop ini dijadualkan untuk dilancarkan pada tahun 2007, tetapi projek itu mengalami banyak kelewatan disebabkan beberapa masalah teknikal.
Pada bulan Mac 2018, pelindung sinar matahari teleskop itu tercabut semasa penggunaan latihan, menyebabkan pelancarannya sekali lagi terpaksa ditangguhkan.
Kerja-kerja menyelenggara dan mencipta teleskop itu kemudiannya terpaksa ditangguhkan lagi kerana pandemik COVID-19 dan tarikh pelancarannya dipindahkan ke Oktober 2021.
Misi utamanya adalah mencari cahaya yang dipancarkan oleh bintang dan galaksi terawal di alam semesta selepas Big Bang. Juga, untuk mengkaji pembentukan bintang dan sistem planet, serta asal-usul kehidupan.
Sekiranya semuanya berjalan seperti yang dirancang, ia akan berlepas dari Guyana Perancis di atas roket Ariane 5.
Sumber: Wales Online