Sebuah Telefon Flagship Yang Penuh Dengan Fungsi Canggih, Ini Patut Korang Tahu Tentang HONOR Magic4 Pro

Artikel ini ditaja oleh HONOR

HONOR Magic4 Pro padat dengan teknologi hebat!

Kredit: HONOR

Sana sini orang bercakap mengenai HONOR Magic4 Pro! Korang pun mesti tahu kan model hebat ini baru saja dilancarkan beberapa bulan lalu.

Ye lah, siapa yang tak kagum bila telefon pintar ini hadir dengan rekaan skrin binaan melengkung pada kedua-dua sisinya. Lebih premium!

Malah ia dikuasakan dengan cip pemprosesan terkini daripada Qualcomm, Snapdragon 8 Gen1.

Selain daripada itu, HONOR Magic4 Pro juga menyokong pengecasan pantas 100W yang mampu mengecas penuh dalam hanya 30 minit weh! Laju!

Tu baru sikit tau, banyak sebenarnya fungsi HONOR Magic4 Pro yang wajib korang tahu!

Apa Yang Menariknya HONOR Magic4 Pro?

#1 Kemampuan Imej Ditambah Baik, Gambar Makin PRO! 

Norman Hakim kagum dengan teknologi kamera HONOR Magic4 Pro

Kredit: HONOR

HONOR Magic4 pro, dilengkapi dengan kombinasi kamera belakang 50MP (utama), 50MP (ultralebar), 64MP (telefoto), dan sensor dTOF.

Kamera hadapan pula terdapatnya sokongan dwi-kamera swafoto 12MP + 3D dToF.

Paling mengagumkan adalah teknologi Ultra Fusion Photography memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) yang menggabungkan dua gambar diambil menggunakan sensor berbeza.

Hasilnya? Gambar yang diambil sangat berkualiti, jelas dan terang!

Untuk fungsi telephoto pula, korang boleh zum sejauh yang mungkin. Ada 3.5x zum optikal, 10x zum hybrid dan 100x zum digital.

Korang tengoklah hasil gambar diambil menggunakan HONOR Magic4 pro, mind blowing weh!

#2 Satu-Satunya Smartphone Dengan Panel LTPO Pertama Dunia

Teknologi terbaru paparan skrin HONOR Magic4 Pro

Kredit: HONOR

Korang tahu tak melihat paparan skrin dalam tempoh lama akan menyebabkan korang mengalami sakit kepala atau kelesuan pada mata?

Sebab itulah HONOR Magic4 pro menghasilkan panel LTPO pertama dunia yang ada kadar malap atau dimming 1920Hz.

Bagusnya skrin jenis ini, ia akan mengurangkan kesan flicker pada paparan dan seterusnya menjaga kesihatan mata korang!

Menarik bukan? Di saat pengeluar lain berlumba menghasilkan skrin paling cerah dan terang, HONOR Magic4 pro pula sebaliknya! Lebih pentingkan kesihatan pengguna 😍

#3 Ciri Panggilan Privasi, Elak ‘Kebocoran’ Bunyi

Panggilan lebih privasi mengguanakan HONOR Magic4 Pro

Kredit: HONOR

Korang pernah tak apabila sedang bercakap di telefon dan perbualan itu terus didengari orang sebelah. Bahaya kan? Kalau rendahkan bunyi, tak dengar pula!

Haaa, ketika inilah HONOR Magic4 pro berupaya menyelamatkan korang dengan fungsi terbarunya, AI Privacy Call.

Menariknya tentang fungsi ini, ia dijana dengan bantuan AI dan dikuasakan dengan Directional Sound Technology. Malah, skrin dan receiver bergabung untuk melaraskan kelantangan audio masuk berdasarkan persekitaran tempat korang berada!

Dengan teknologi ini, orang sekeliling memang tidak dapat mendengar perbualan panggilan suara khususnya apabila korang di kawasan tertutup seperti dalam lif.

Hebat bukan? Jadi tak perlulah korang terkejar-kejar keluar kalau ada rakan yang ajak ‘membawang’ atau bergosip! 🀭

#4 Kemas Kini Software, Pengalaman User Lebih Lancar

Salah satu faktor penting untuk memilih sebuah telefon pintar baru pastinya sokongan kemas kini perisian atau software berterusan.

Selain fungsi yang lebih menyeluruh dan lancar, ia juga penting untuk keselamatan perisian peranti.

Sebab itu jugalah HONOR menerusi pasukan R&D mereka sentiasa berusaha untuk menambah baik supaya korang mendapat pengalaman pengguna yang terbaik!

Jangan tak tahu, dengarnya akan ada satu lagi kemas kini sistem sekitar akhir bulan September ini🀩

Kolaborasi multi screen HONOR Magic4

Kredit: HONOR

Bagi yang terlepas, HONOR juga baru-baru ini telah melancarkan OS baharunya, MagicOS 7.0 yang direka untuk memberi pengalaman lebih lancar biarpun menggunakan dua peranti berbeza (cross-device).

Di samping perubahan antara muka atau interface baharu, MagicOS 7.0 juga membolehkan pengguna mengawal komputer riba, telefon pintar dan tablet HONOR menggunakan satu papan kekunci dan tetikus.

Melalui ciri ini, pengguna boleh menyeret atau drag mana-mana fail merentasi peranti dengan sangat lancar! Korang juga boleh menaip teks ke dalam telefon pintar atau tablet dengan papan kekunci komputer riba.

Bayangkan korang ada tiga peranti, dah semua peranti itu boleh digunakan dengan lancar serentak, termasuklah pemindahan fail! Awesome kan!

Jadi berapakah harga HONOR Magic4 Pro? Macam Mana Nak Dapatkan?

Variasi warna HONOR Magic4 Pro yang menarikKredit: HONOR

Berita baik untuk korang yang tak sabar nak dapatkan HONOR Magic4 Pro, korang boleh dapatkan pakej hebat Maxis Zerolution dengan harga serendah RM55 sebulan! Yup RM55 sebulan guys!

Selain itu, ada juga pelan ansuran dan pascabayar lain untuk dipilih, bergantung pada pilihan korang.

Info lanjut check out πŸ‘‰Maxis Zerolution HONOR Magic4 Pro.