Teknologi Moden Sekat Kanak-Kanak Main Game Online Tengah Malam

Masa kini, penggunaan telefon bimbit dan gajet dilihat antara perkara penting kepada semua, tambah pula dengan pandemik COVID-19 yang masih berada dalam komuniti kita hari ini.

 

Namun, timbul pula isu lain apabila terdapat kanak-kanak yang menyalahgunakan kemudahan yang diberikan ibu dan bapa mereka dengan perkara yang tidak berfaedah dan juga meruntuhkan akhlak.

teknologi moden sekat kanak-kanak main game online tengah malam

Justeru, sebuah syarikat internet di China, Tencent, kini tampil dengan sistem canggih pengecaman wajah bagi menyekat kanak-kanak bermain permainan dalam talian seepas jam 10 malam hingga ke 8 pagi.

 

Teknologi yang disebut sebagai midnight-patrol itu akan menghalang segala cubaan untuk melanggar peraturan dengan menghadkan jumlah wang yang boleh dihabiskan kanak-kanak ketika bermain permainan dalam talian.

 

Sebelum ini pengguna perlu menggunakan kad pengenalan mereka yang akan dihubungkan kepada pangkalan data nasional dan dari situ umur pengguna boleh diketahui.

teknologi moden sekat kanak-kanak main game online tengah malam

Bagaimanapun, wujud laporan kanak-kanak yang menggunakan kad pengenalan orang dewasa dan bukannya dokumen pengenalan diri mereka sendiri.

 

Ekoran daripada itu, Tencent memperkenalkan sistem pengecaman wajah yang telah diuji sejak tahun 2018, bagi membuktikan pengguna adalah orang dewasa atau sebaliknya. Hanya pengguna dewasa dibenarkan bermain permainan atas talian diluar waktu pada jam 10 malam dan keatas, dan kanak-kanak disekat sama sekali.

 

Sumber: New York Times