Canggih, Semak Baki Bank Tak Guna Pun Kad Bank

Sebuah bank di Singapura kini memperkenalkan sistem semak baki akaun di semua mesin pengeluaran automatik (ATM) tanpa menggunakan kad bank.

canggih, semak baki bank tak guna pun kad bank

Bank OCBC di Singapura ini hanya menggunakan sistem biometrik wajah untuk pertanyaan baki di lapan mesin ATM seluruh negaranya.

canggih, semak baki bank tak guna pun kad bank

Malah pihak bank itu turut memaklumkan bakal memperluaskan perkhidmatan terbabit di semua 550 mesin ATM seluruh Singapura bermula Jun depan.

 

Dalam perancangan masa depan, pihaknya bakal menggunakan fungsi berkenaan untuk perkhidmatan lain seperti deposit tunai, pindahan wang dan tambah nilai kredit telefon bimbit bermula tahun depan.

canggih, semak baki bank tak guna pun kad bank

Dalam siaran medianya, pihak bank berkata pengesanan wajah ini dapat mengurangkan keperluan pelanggan untuk membawa kad dan juga lebih selamat berbanding kad ATM.

 

Lokasi mesin ATM OCBC yang dilengkapi fungsi pengesahan wajah ini terletak di OCBC Tampines Centre Two, Pusat Beli Belah Taman Jurong, Great Eastern Jalan Pickering, HDB Hub Tingkat 1, OCBX Centre One Tampines, 103 Jalan Ring Yishun, OCBC Campus dan Jalan Geylang 7-Eleven.

 

Sumber: Kosmo!