Pekerja Dilantik Jika Berjaya Selesaikan Mesej Ini

Ibu Pejabat Komunikasi Kerajaan, biasanya dikenali sebagai GCHQ, adalah organisasi keselamatan jaminan maklumat kepada kerajaan dan Angkatan Tentera daripada United Kingdom.

pekerja dilantik jika berjaya selesaikan mesej ini

Amat dikenali dengan kepintaran dan keselamatan siber, baru-baru ini GCHQ telah berkongsi satu kod mesej di Instagram yang mempunyai beberapa kombinasi huruf dan abjad.

pekerja dilantik jika berjaya selesaikan mesej ini

Foto kod mesej itu dikongsikan menerusi Instagram Stories dengan mesej “Pecahkan mesej ini.”

pekerja dilantik jika berjaya selesaikan mesej ini

Hanya mereka yang pintar dan berjaya menyelesaikan kod mesej itu dalam masa 24 jam, akan ditapis untuk diserap masuk sebagai pekerja dalam GCHQ.

 

GCHQ kemudian berkongsi maksud pada mesej itu yang berbunyi "MI5 Joins Instagram" yang diselesaikan dengan menggunakan sistem hexa. Sistem hexa adalah adalah sistem angka yang terdiri daripada 16 simbol (base 16). Berbanding dengan sistem angka standard menggunakan sepuluh simbol iaitu 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9, sistem hexa ini pula menggunakan nombor perpuluhan dan enam simbol tambahan.

pekerja dilantik jika berjaya selesaikan mesej ini

Bulan lalu, GCHQ juga pernah berkongsi satu puzzle yang didakwa mereka paling sukar, untuk meraikan wira Perang Dunia Kedua mereka iaitu Alan Turing yang dipamerkan pada wang kertas £50.

 

Sumber: The Sun