Internet Paling Laju Di Dunia Telah Dicipta, 5x Ganda Lebih Pantas Berbanding Sebelumnya

Berapakah kelajuan internet yang anda rasa paling laju pernah anda capai?

internet paling laju di dunia telah dicipta, 5x ganda lebih pantas berbanding sebelumnya

Sekumpulan saintis dari Electronic and Electrical Engineering, Optical Networks Group, United Kingdom telah mencipta rekod tersendiri selepas mencipta kelajuan internet pada 178 Terabits per saat (Tbps), bersamaan 178,000 Gigabits per saat (Gbps).

internet paling laju di dunia telah dicipta, 5x ganda lebih pantas berbanding sebelumnya

internet paling laju di dunia telah dicipta, 5x ganda lebih pantas berbanding sebelumnya

Kelajuan ini adalah lima kali ganda lebih pantas berbanding rekod terdahulu yang dicipta oleh sekumpulan saintis di Jepun.

Dianggarkan dengan 178 Tbps ini, seseorang boleh memuat turun 1,500 filem jenis 4K dalam hanya satu saat.

Sambungan internet pada hari ini dibantu dengan kehadiran fiber optik, yang mana berupaya menghantar signal satu satu lokasi ke satu lokasi lain dengan lebih pantas, berbanding dengan kaedah konvensional yang menggunakan jaringan wayar.

Hasil kajian ini juga telah diterbitkan dalam IEEE Photonics Technology Letters pada 20 Julai lalu.

Sumber: IEEE Photonics Technology Letters