Rusia Teruskan Program Tentera Masa Depan Guna Robot

Rusia dilaporkan akan meneruskan pembangunan program tentera masa hadapan, termasuklah menggunakan robot dan exoskeleton.

rusia teruskan program tentera masa depan guna robot

Perkara itu didedahkan Panglima Tentera Darat Rusia, Jeneral Oleg Salyukov yang menjelaskan sistem itu adalah bagi meningkatkan keberkesanan anggota tempur dan keselamatan negaranya.

 

Program yang dikenali sebagai Ratnik, turut mempunyai pesawat tanpa pemandu (UAV) mini dan mikro.

 

“Pembangunan pakaian ‘tentera masa depan’ dilakukan sejak tahun lalu dengan perusahaan industri domestik untuk memasukkan subsistem ‘robotik’ baharu sebagai sebahagian daripada pakaian tempur seorang tentera,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

rusia teruskan program tentera masa depan guna robot

Beliau menambah, Kalashnikov AK-12 kini dalam proses dihantar ke unit tentera bagi menggantikan senapang standard AK-74.

 

Malah, peralatan senjata itu juga dilengkapi topi keledar termal dan keupayaan melihat dalam gelap serta sistem komunikasi moden.

 

Sumber: [1]