NASA Keluarkan Rakaman Bunyi Pertama Dari Planet Marikh

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika atau singkatannya NASA telah mengeluarkan rakaman audio pertama yang bersejarah yang dirakam pada permukaan Marikh.

nasa keluarkan rakaman bunyi pertama dari planet marikh
 
Dalam klip yang dirakam oleh dua mikrofon di atas kapal agensi angkasa AS, Perseverance, jelas kedengaran bunyi angin yang agak menakutkan di planet tersebut.

nasa keluarkan rakaman bunyi pertama dari planet marikh
 
Menerusi audio yang dimuatnaik ke platform SoundCloud pada hari Rabu, NASA menggambarkan suara itu sebagai "mendengar bunyi kerang laut atau tangan yang sedang menangkup telinga.
"Hanya sedikit angin yang dapat didengari," tambah mereka.
 
NASA memperoleh rakaman tersebut pada 19 Februari, kira-kira 18 jam selepas Perseverance mendarat di Marikh.

nasa keluarkan rakaman bunyi pertama dari planet marikh
Imej sebenar permukaan berbatu di Marikh

 
Audio itu dirakam oleh instrumen SuperCam, yang juga merakam bunyi laser yang sedang dipancarkan pada batu di planet tersebut untuk menguji bahannya.


 
SuperCam dibangunkan bersama oleh Los Alamos National Laboratory (LANL) di New Mexico dan sebuah konsortium makmal penyelidikan Perancis.

nasa keluarkan rakaman bunyi pertama dari planet marikh
 
Instrumen itu menyampaikan data ke pusat operasi Agensi Angkasa Perancis di Toulouse.
 
"Bunyi yang diperoleh ini adalah kualiti yang luar biasa.
"Sangat luar biasa untuk berfikir yang kita akan menggunakan sains dan teknologi untuk mendengar bunyi pertama yang pernah dirakam di permukaan Marikh." kata Naomi Murdoch, seorang penyelidik di Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, ISAE-SUPAERO di Toulouse.
 
Sepanjang misi dua tahun itu, para saintis berharap dapat menggunakan dan memahami rakaman audio dari Perseverance untuk menganalisis batu dan tanah di Marikh.
 
Mesin beroda enam dilengkapi dengan laser ini dapat mencapai sasaran sejauh 20 kaki (7m) juga lengkap dengan tujuh instrumen saintifik.
 
Sumber: The Sun