Kajian Tunjuk Orang Berusia Je Suka Guna Emoji Ibu Jari Bagus

Adakah anda gemar untuk menggunakan emoji ibu jari bagus dalam perbualan anda di laman sosial?

kajian tunjuk orang berusia je suka guna emoji ibu jari bagus

Jika YA, itu tandanya anda sudahpun berusia dan ketinggalan zaman, seperti dilaporkan oleh Daily Mail.

 

Kajian dijalankan oleh firma pengumpulan data Britain, Perspectus Global, dengan undian dibuat keatas 2,000 golongan belia berusia 16 hingga 29 tahun.

 

24 peratus daripada responden berpendapat emoji ibu jari bagus itu menandakan penggunanya sudah berusia, kuno dan ketinggalan. Ia termasuk jugalah emoji hati merah, simbol tangan OK dan emoji wajah jijik.

kajian tunjuk orang berusia je suka guna emoji ibu jari bagus

Secara purata, warga Britain menghantar 76 emoji seminggu atau kira-kira 3,952 emoji setahun.

 

Buat masa ini, emoji paling popular adalah emoji ketawa dengan titisan air mata, simbol wajah ‘zany’ atau wajah lucu dan juga emoji senyum dengan simbol hati pada mata.

 

Dalam perkembangan lain, syarikat yang membangunkan keyboard SwiftKey mendedahkan rakyat Malaysia gemar menggunakan emoji mengantuk, dengan dua kali ganda bilangannya berbanding purata dunia.

kajian tunjuk orang berusia je suka guna emoji ibu jari bagus

Sumber: [1], [2]