Motosikal Terbang Mula Dijual Pada Orang Ramai Menjelang 2023

Menjelang tahun 2023, kita mungkin dapat melihat motosikal terbang di ruang udara selepas sebuah syarikat pembuatan alatan futuristik, Jetpack Aviation dikatakan bakal melancarkan motosikal terbang rekaan mereka baru-baru ini.

motosikal terbang mula dijual pada orang ramai menjelang 2023

Jetpack Aviation yang berpangkalan di California mengumumkan perkara itu susulan kejayaan sesi pandu uji kenderaan itu baru-baru ini.

 

Motosikal futuristik yang digelar sebagai The Speeder dibina dengan program perisian kawalan penerbangan unik Jetpack Aviation untuk membantu memantau dan menyesuaikan daya tuju sepanjang pemanduan.

 

“Kami mungkin akan menghasilkan motosikal jenis ultra ringan yang tidak memerlukan lesen juruterbang untuk dikendalikan.

“Ia dijangka siap dalam tempoh dua tahun dan versi kategori profesional dalam tempoh enam bulan selepas itu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Jetpack Aviation, David Mayman.

motosikal terbang mula dijual pada orang ramai menjelang 2023

Motosikal versi ultra ringan pula akan dihadkan hingga 60 kilometer sejam selaras dengan peraturan  Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan waktu penerbangan selama 15 minit.

motosikal terbang mula dijual pada orang ramai menjelang 2023

Versi motosikal terbang kategori profesional pula memerlukan lesen juruterbang asas dengan kelajuan 250 kilometer sejam dan waktu penerbangan sekitar 35 minit.

 

Bakal dilengkapi dengan lapan turbin, motosikal seberat 136 kilogram itu boleh membawa pemandu sehingga dua kali ganda beratnya.

 

Harga awal The Speeder telah ditetapkan pada AS$381,000 (kira-kira RM1.6 juta) dan telah mula mengambil pesanan awal daripada pembeli berminat.

 

Sumber: [1]