Microsoft Bakal Henti Sokongan Windows 10 Pada 2025

Syarikat Microsoft menerusi satu kemas kini mengacah akan mengentikan sokongan untuk Windows 10 pada Oktober 2025 kelak.

microsoft bakal henti sokongan windows 10 pada 2025

Ia wujud selepas kemungkinan Windows 11 yang akan diumumkan pada acara hujung bulan Jun ini.

 

Penamatan sokongan itu tertakluk pada edisi Windows 10 Home, Pro, ProEducation dan Pro for Workstations.

microsoft bakal henti sokongan windows 10 pada 2025

Ia bermakna, selepas daripada Oktober 2025, tiada lagi kemas kini sekuriti yang akan ditawarkan untuk Windows 10, sekaligus memaksa orang ramai beralih kepada sistem operasi generasi baharu.

 

Windows 10 yang hadir dengan nama kod Threshold, kemudian Redstone, merupakan sistem pengendalian (OS) komputer peribadi yang dibangunkan oleh syarikat Microsoft sebagai sebahagian daripada keluarga OS Windows NT pada Julai 2015.

 

Sumber: Microsoft