Windows 11 (nama kod: Sun Valley) ialah keluaran utama yang akan datang dari sistem operasi Windows NT yang dibangunkan oleh Microsoft.
Ia menampilkan antaramuka pengguna yang diperbaharui, namun proses untuk mendapatkan Windows 11 ini telah disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan menawarkan update palsu.
Syarikat keselamatan IT, Kaspersky dalam satu kenyataan memberi amaran kepada pengguna Windows mengenai ancaman pengodam yang menawarkan update palsu Windows 11.
Mesej berkenaan dihantar dan pengguna akan memuat turun fail dengan nama 86307_windows 11 build 21996.1 x64 + activator.exe. dengan saiz 1.75GB yang mana ia cukup menyakinkan kononnya ia adalah update bagi Windows 11.
Namun selepas disemak, ia bukanlah update Windows yang biasa dengan antaramuka yang berbeza berserta nama aplikasi TakeMyFile.
Ia turut menyatakan persetujuan kepada pengguna untuk menggunakan data dalam komputer sebaik sahaja ia dimuatturun.
Tidak dapat dipastikan apa yang akan terjadi kepada komputer pengguna, namun memuat turun sebarang aplikasi yang tidak diketahui asalnya boleh membahayakan dan berisiko untuk digodam data peribadi.
Bagi mereka yang ingin menguji Windows 11, anda boleh dapatkan di laman rasmi Windows.
Sumber: The Sun