Buat mereka yang takut kepada ketinggian atau gayat, jambatan gantung terpanjang di dunia ini sangatlah tidak sesuai dengan anda.
Dikenali dengan nama 516 Arouca, jambatan gantung terpanjang di dunia ini Air Terjun Arouca dengan Paiva Gorge di Portugal.
Menjadi tarikan terbaharu Arouca Geopark yang terkenal dengan aktiviti sukan lasak, mereka yang melalui jambatan gantung ini boleh menikmati pemandangan air terjun yang memukau selama 4 hingga 10 minit perjalanan.
Dengan ketinggian dan panjangnya 516 meter, jambatan gantung ini menerapkan juga ciri-ciri masyarkaat Tibet dengan kabel besi dan dua menara berbentuk V.
Ia mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan dan direka sepenuhnya oleh studio Itecons di Portugal.
Sebelum ini, gelaran jambatan terpanjang di dunia dimiliki oleh jambatan gantung Charles Kuonen di Switzerland yang memiliki panjang 494 meter.
Sumber: Hypebeast