Jika sebelum ini Instagram membenarkan fungsi penstriman langsung atau live video yang dihadkan kepada dua orang sahaja, kini platform media sosial itu tampil dengan ciri tambahan.
Dikenali sebagai Live Room, ia membolehkan pengguna membuat live bersama tiga lagi rakan mereka dalam satu-satu masa.
Dengan pengenalan Live Room ini, pengguna dijangka hadir dengan sejumlah bentuk kandungan dan perbincangan kreatif di platform Instagram.
Ia kini sedang diuji dan bakal diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna seluruh dunia.
Sumber:
Facebook