Dapat Link WhatsApp Pink? Jangan Klik, Itu Virus!

Pengguna aplikasi pemesejan popular, WhatsApp diberi peringatan untuk tidak menekan mana-mana pautan yang kini tersebar meluas berhubung WhatsApp Pink.

dapat link whatsapp pink? jangan klik, itu virus!

Seorang pakar keselamatan dari India, Rajshekhar Rajaharia berkata, pautan yang kini tersebar meluas secara atas talian ini mempunyai malware yang membolehkan penggodam mengawal telefon bimbit anda.

 

"Berhati-hati dengan WhatsApp Pink !!

"Virus disebarkan dalam kumpulan WhatsApp dengan pautan untuk memuat turun APK.

"Jangan klik pautan dengan nama WhatsApp Pink ini. Akses lengkap ke telefon anda akan hilang. Sebarkan kepada semua," katanya.

dapat link whatsapp pink? jangan klik, itu virus!

dapat link whatsapp pink? jangan klik, itu virus!

dapat link whatsapp pink? jangan klik, itu virus!

Menurut laporan dari Business Insider India, pautan untuk memuat turun WhatsApp Pink itu kini tersebar meluas dalam kalangan pengguna, khasnya di negara India.

 

Tambah lagi, selain WhatsApp Pink, ada juga pautan yang meminta pengguna untuk memuat turun WhatsApp Gold, berbanding warna asal WhatsApp adalah hijau.

dapat link whatsapp pink? jangan klik, itu virus!

Kemungkinan untuk telefon bimbit dan data peribadi anda akan hilang atau digodam sangat tinggi jika anda memuat turun dan menekan pautan yang tidak ditentu sah keselamatannya.

 

Pakar menasihatkan supaya anda hanya memuat turun sebarang aplikasi daripada sumber yang sahih seperti di Google Playstore atau Apple Appstore sahaja.

 

Jurucakap Whatsapp dalam satu kenyataan berkata;

"Sesiapa sahaja boleh menerima mesej yang mencurigakan di mana-mana perkhidmatan termasuk e-mel, dan bila-bila masa sahaja ia boleh berlaku, kami sangat menggalakkan semua orang untuk berhati-hati sebelum bertindak balas atau terlibat.

"Di WhatsApp khususnya, kami juga mengesyorkan agar orang ramai menggunakan fungsi yang kami sediakan di dalam aplikasi untuk mengirimkan laporan, melaporkan kontak atau menghalang kontak yang mencurigakan."

 

Dalam perkembangan lain, Facebook akan memperkenalkan fungsi perbincangan audio yang dikenali sebagai Live Audio Rooms.

 

Sumber: Business Insider India