Hanya 1% Emas Ada Dalam Pingat Emas Tokyo 2020, Selebihnya Bahan Lain

Sukan Olimpik Tokyo 2020 kini sedang diadakan dan sudah pastinya pingat emas, perak dan gangsa menjadi sasaran para atlet yang bertanding di temasya sukan ini.

hanya 1% emas ada dalam pingat emas tokyo 2020, selebihnya bahan lain

Namun tahukah anda, pingat emas, perak dan gangsa yang dibuat bukanlah seratus peratus menggunakan bahan tersebut, sebaliknya ia adalah campuran bahan lain juga.

 

Terlebih dahulu, Jepun mengumumkan bahan kitar semula elektronik seperti telefon bimbit terpakai akan digunakan bagi menghasilkan pingat-pingat untuk temasya sukan kali ini. Ia bukanlah pertama kali seumpanya kerana pada Sukan Olimpik Rio 2016, pingat yang dihasilkan adalah dibuat daripada 30 peratus bahan kitar semula seperti bahagian kereta, plat sinar-X dan juga cermin. Cuma bezanya, pingat di Tokyo 2020 ini adalah 100 peratus daripada bahan kitar semula. Fuyoo!

hanya 1% emas ada dalam pingat emas tokyo 2020, selebihnya bahan lain

Setiap pingat di Tokyo 2020 mempunyai berat yang berbeza. Pingat emas mempunyai berat 556 gram, pingat Perak 550 gram, dan gangsa 450 gram. Pingat gangsa dihasilkan daripada campuran 95% tembaga dan 5% zinc.

hanya 1% emas ada dalam pingat emas tokyo 2020, selebihnya bahan lain

Pingat emas pula dihasilkan daripada campuran 98.8 peratus perak dan bakinya 1.2 peratus adalah emas. Jadi, pingat emas bukanlah seratus peratus daripada emas, sebaliknya ia adalah campuran bahan lain yang membentuk pingat.

hanya 1% emas ada dalam pingat emas tokyo 2020, selebihnya bahan lain

Komposisi dan peratus bahan yang digunakan ini adalah mengikut kepada standard yang biasanya digunapakai dalam mana-mana kejohanan dunia. Cuba semak pingat yang pernah anda menang sebelum ini, mungkin ia menggunakan bahan yang sama seperti dinyatakan diatas.

 

Sumber: Compound Chem