Elon Musk Bakal Tayang Papan Iklan Di Ruang Angkasa Lepas

Jika anda sudah biasa melihat papan iklan di tepi jalanraya atau pada mana-mana ruangan tumpuan, tidak lama lagi kita mungkin dapat saksikan papan iklan di ruang angkasa lepas pula.

 

Ia selepas satu laporan syarikat SpaceX milik individu kedua terkaya di dunia, Elon Musk, yang akan menghantar sebuah satelit ke angkasa lepas bagi memancarkan papan iklan dari angkasa lepas.

elon musk bakal tayang papan iklan di ruang angkasa lepas

Menerusi kerjasama syarikat permulaan dari Kanada, Geometric Energy Corporation (GEC), projek ini dinamakan CubeSat.

 

CubeSat akan menempatkan satu skrin papan iklan besar pada satu bahagian di angkasa lepas, yang mana syarikat-syarikat boleh membida untuk meletakkan iklan dan logo mereka di situ.

elon musk bakal tayang papan iklan di ruang angkasa lepas

Bakal dilancarkan seawal tahun 2022, syarikat-syarikat yang berminat boleh membeli ruang pengiklanan itu menggunakan mata wang kripto kegemaran Musk iaitu Dogecoin.

elon musk bakal tayang papan iklan di ruang angkasa lepas

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama GEC, Samuel Reid, apabila iklan itu berada di dalam orbit, tongkat swafoto yang diletakkan pada CubeSat akan merakam skrin paparan yang kemudiannya ditayangkan secara penstriman di Youtube atau Twitch bagi orang ramai untuk menyaksikannya.

 

Sumber: [1]