Percaya tak kalau kami katakan pengguna YouTube kini menonton lebih daripada 1 bilion jam setiap hari?

Penyataan terbabit itu dikeluarkan oleh YouTube sendiri!
Pada 2017, YouTube mengumumkan penggunanya menonton lebih daripada 1 bilion jam video tiap-tiap hari. Itu bersamaan dengan 100,000 tahun rakaman yang terbahagi antara berjuta-juta pengguna YouTube dari serata dunia!

Lanjut YouTube lagi, biarpun pengumuman tersebut hanya dibuat pada 2017, namun angka 1 bilion itu telah pun dicapai sejak 2016 lagi!
Mengejutkan bukan?
Sumber: The Verge