Dubai Cuba Hasilkan Awan Hujan Sendiri Guna Dron Yang Bawa Cas Elektrik

Dubai merupakan salah satu bandar di Semenanjung Arab yang mempunyai penduduk teramai. Terdapat pelbagai binaan dan tarikan di Dubai yang menjadi perhatian dunia seperti Pulau Palma, Hotal Atlantis, dan Burj Al Arab.

dubai cuba hasilkan awan hujan sendiri guna dron yang bawa cas elektrik

Bagaimapun, keadaan cuaca yang panas dan kering serta kurang hujan di Dubai menjadi antara halangan disini. Maka, sekumpulan penyelidik di University of Reading telah merekabentuk sebuah dron yang dikatakan mampu membuatkan awan mencurahkan hujannya sendiri.

dubai cuba hasilkan awan hujan sendiri guna dron yang bawa cas elektrik

Dron khas itu dilengkapi dengan sensor dan sambungan elektrik yang membawa cas-cas penting untuk dibawa terbang ke awan. Cas ini boleh membuatkan awan terkumpul seterusnya menjadikan hujan turun dengan sendirinya.

 

Rekaan dron ini telah menjalani ujian di United Kingdom oleh penyelidik yang diketuai oleh Dr Keri Nicoll. Katanya, dron ini sangat berguna untuk kawasan yang kurang menerima hujan bagi mengawal suhu ekstrim dan panas melampau.

 

"Kekurangan air adalah salah satu masalah terbesar yang dihadapi manusia, dan perubahan iklim memberikan lebih banyak ketidakpastian mengenai hujan.

"Di bahagian-bahagian dunia yang benar-benar berjuang untuk mendapatkan air, projek-projek untuk memperbaiki hujan seperti ini adalah sangat penting," katanya.

dubai cuba hasilkan awan hujan sendiri guna dron yang bawa cas elektrik

Berbeza dengan kaedah konvensional yang digunakan ketika ini iaitu pembenihan awan, melancarkan dron terus ke ruang udara adalah jauh lebih mudah dan tidak menggunakan bahan kimia berbahaya. Namun katanya, teknik dron ini bukanlah untuk menggantikan cara yang lama, sebaliknya ia bagi memaksimumkan keberkesanan pembenihan awan.

 

Dalam ujian awal yang dijalankan di Dubai, Jabatan Meteorologi Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah mengeluarkan video yang menunjukkan hujan turun dengan lebatnya, sehingga menyebabkan beberapa pengguna jalanraya mengalami kesukaran memandu kerana tidak biasa dengan perubahan cuaca seperti ini.

dubai cuba hasilkan awan hujan sendiri guna dron yang bawa cas elektrik

Lebih parah, kesan daripada penggunaan dron pada awan yang dipenuhi dengan cas-cas elektrik ini, hujan turun dengan lebatnya hingga menyebabkan beberapa kawasan disini menjadi banjir.

 

Maka, sedikit pengubahsuaian pada dron tersebut perlu dilakukan sebelum ia sedia untuk digunakan ke seluruh negara di dunia.

 

Sumber: Daily Star