Aplikasi WhatsApp mempunyai ciri menyembunyikan chat dari beberapa kenalan tertentu, yang disebut sebagai Archive Chats.
Semasa anda mengarkibkan chat, percakapan atau mesej itu tetap berada dalam folder yang diarkibkan dan tidak ada yang dapat mencarinya di skrin sembang utama. Sebelum ini, anda boleh memeriksa mesej yang diarkibkan itu dengan mencarinya pada bahagian bawah chat.
Kini dengan kemas kini baharu di Android, Archive Chat kini muncul pada bahagian atas layar sembang supaya ia lebih mudah untuk dicari. Namun seperti biasa, tidak ramai yang gemar dengan kemaskini seperti ini. Jika kemas kini itu mengganggu anda, berikut adalah cara anda boleh lakukan untuk mengeluarkan file Archive Chat dari bahagian atas skrin WhatsApp.
Langkah-Langkah Membuang Kotak Archive Chat
1. Buka Whatsapp pada peranti Android anda.
2. Klik kotak Arkib ini pada bahagian atas skrin.
3. Sekarang, semua sembang arkib anda akan dibuka di skrin seterusnya.
4. Kemudian, klik pada tiga titik di sudut kanan atas dan pilih ‘Archive Settings’.
5. Sekarang set untuk tutup ‘Keep Chats Archived’.
Kini, Archived Chat tidak lagi berada pada atas ruangan chat, sebaliknya ia akan berada bada bahagian paling bawah ruangan Whatsapp.
Selamat mencuba!
Sumber: Gadgetsouse.com