128 Ekor Anak Sotong Kini Dibawa Ke Angkasa Lepas

Lebih 100 ekor anak sotong spesis bobtail bersama 5,000 haiwan mikroskopik telah dibawa ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) tengah malam tadi.

128 ekor anak sotong kini dibawa ke angkasa lepas

128 ekor anak sotong kini dibawa ke angkasa lepas

Menurut Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA), roket Falcon 9 yang membawa haiwan itu bersama juga beberapa peralatan lain untuk tujuan eksperimen.

 

 

Ia bagi membantu saintis lebih memahami kesan perjalanan terhadap hidupan ke angkasa lepas.

128 ekor anak sotong kini dibawa ke angkasa lepas

Menurut laporan, sotong mempunyai sistem imun yang agak serupa dengan manusia dan eksperimen itu juga sebagai langkah-langkah perlindungan bagi menjaga kesihatan angkasawan semasa menjalani misi angkasa lepas yang lama.

 

Sumber: DW