Profesor Lancar Permainan Video, Bantu Kanak-Kanak Fahamkan Penjarakan Sosial

profesor lancar permainan video, bantu kanak-kanak fahamkan penjarakan sosial

Penjarakan sosial ni adalah satu normal baharu yang perlu dipraktikan oleh semua orang. Bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Biarpun selepas pandemik COVID-19 ni berakhir, Pertubuhan Kesihatan Dunia tetap menyaran agar setiap orang mempraktiskan penjarakan sosial.

Disebabkan oleh itu, seorang professor dari sebuah university di London telah menghasilkan sebuah permainan komputer yang diberi nama ‘Can You Save the World?’. Permainan itu bertujuan untuk membantu kanak-kanak memahamkan penjarakan sosial dan seterusnya menyelamatkan nyawa mereka daripada diserang COVID-19.

Menurut Richard Wiseman, beliau mendapat idea tersebut ketika sedang bersiar-siar sewaktu pelaksaan perintah berkurung di Britian. Beliau merasakan konsep penjarakan sosial dari pejalanan kaki dan penunggang basikal di sekelilingnya seperti sebuah permainan komputer.

Beliau turut menyatakan bahawa permainan yang mendorong tingkah laku sosial yang positif dapat membentuk tindakan di dunia sebenar. Wiseman merupakan seorang professor bidang psikologi di University of Hertforshire.

"Terdapat banyak penyelidikan yang menunjukkan bahawa jika anda membuat individu khususnya kanak-kanak, berkelakuan dengan cara tertentu dalam permainan video, ia benar-benar berpindah ke kehidupan nyata," katanya.

Semenjak permainan itu dilancarkan, sudah terdapat 15,000 orang pemain akan permainan komputer tersebut. Apa yang menariknya, ia turut dimainkan oleh orang dewasa.

Sumber: Sinar Harian