Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) kini sedang menguji teksi udara ciptaannya.
Teksi udara yang diterbangkan menggunakan kuasa bateri itu adalah hasil usahasama syarikat dari California, Joby Aviation.
Pesawat elektrik jenis terbang dan pendaratan menegak (eVTOL) itu dilaporkan dapat menampung sehingga dua orang penumpang dan mempunyai jarak penerbangan hingga 240 kilometer diatas udara.
Ia digerakkan oleh enam buah kipas dan direka untuk membawa penumpang ke seluruh bandar dalam masa yang singkat jika dibandingkan dengan teksi tradisional.
Teksi udara itu juga direka dengan sesenyap mungkin agar sesuai dengan kehidupan kota yang sibuk tanpa mengganggu penduduk.
Nasa mendedahkan kerjasama dengan Joby untuk mencipta teksi udara ini dalam satu catatan blog pada 1 September lalu.
Penyelidik kini telah memulakan ujian penerbangan akhir bulan lalu di Pangkalan Penerbangan Elektrik syarikat yang terletak berhampiran Big Sur, California.
Projek ini dijalankan sebagai sebahagian dari Kempen Nasional Mobiliti Udara Lanjutan (AAM) Nasa, yang bertujuan untuk membantu pasaran penerbangan baharu.
Jika berjaya, teksi udara ini akan diletakkan di beberapa tempat strategik di Amerika Syarikat.
Idea teksi udara bukanlah perkara baharu kerana banyak syarikat sebelum ini pernah tampil dengan idea serupa seperti Uber dan syarikat penerbangan, Volocopter.
Sumber: [1]