Kamera Pintar Untuk Kesan Penjarakan Sosial Dan Tak Pakai Mask Sedang Dibangunkan

kamera pintar untuk kesan penjarakan sosial dan tak pakai mask sedang dibangunkan

Semakin hari teknologi dunia semakin canggih. Biarpun keadaan dunia sekarang tidak terlalu baik, namun banyak idea-idea hebat muncul daripada permasalahan hari ini.

Pandemik COVID-19 telah membuatkan syarikat teknologi berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang berguna kepada dunia. Terbaru, tiga buah syarikat sedang berlumba-lumba untuk menghasilkan sebuah kamera pintar.

Fungsi kamera ini sangatlah sesuai dengan normal baharu yang patut diamalkan di seluruh dunia. Funsi utama kamera ini adalah untuk mengesan sama ada orang di sesuatu tempat itu mengamalkan penjarakan sosial atau tak. Kemudian, kamera ini juga boleh mengesan seseorang itu memakai mask atau pun.

Dengan menggabungkan sekuriti kamera dan teknologi artificial intelligence, teknologi sebegini dapat membantu manusia untuk membuat keputusan sama ada mereka patut atau pun tidak ke sesuatu tempat itu.

Selain itu, kamera ini dapat membantu sesebuah syarikat untuk mencipta suasana pekerjaan yang selamat dan sihat. Jadi, kalau ada employee yang tak patuh dengan normal baharu, boleh lah diambil tindakan.

Wow, teknologi sebegini lah yang kita mahukan. Sekurang-kurangnya teknologi ini mampu menjadikan dunia lebih baik dan seterusnya memberhentikan penularan sebarang jenis virus.

Sumber: Fast Company