Instagram Dah Boleh Video Call Berkumpulan Sampai 50 Orang

instagram dah boleh video call berkumpulan sampai 50 orang

Instagram telah melepaskan ciri terbaru mereka yangs sangat menarik. Kalau sebelum ni, Instagram video call hanya boleh disertai oleh lapan orang je tapi sekarang dah boleh sampai 50 orang.

Instagram telah mendapat sokongan daripada aplikasi Messenger Rooms. Apa yang menariknya lagi, pengguna boleh lock ruang panggilan video berkenaan kalau korang nak menghadkan orang yang terlibat. Tapi, orang masih lagi boleh meninggalkan sesi panggilan video tersebut pada bila-bila masa sahaja.

Jadi, kalau korang nak guna fungsi ni update lah aplikasi Instagram sekarang. Lepas tu, pergi ke Direct Message dan akan ada ikon video pada bahagian atas belah kanan. Kemudian, korang pilih la kawan-kawan yang nak diajak. Lepas tu, klik pada Join Room untuk memulakan perbualan.

 

 

SUMBER INSTAGRAM