Tujuh Game Tersembunyi Yang Korang Boleh Main Free Di Pelayar Web Google

Google Chrome ialah pelayar web keluaran Google yang menjadi pilihan ramai pengguna internet dalam urusan mereka seharian.

 

Tak kiralah sama ada menerusi komputer, laptop mahupun telefon pintar, aplikasi Google Chrome sangat memudahkan pengguna bagi melakukan pelbagai jenis carian secara atas talian.

 

Namun tahukah anda, terdapat beberapa permainan dalam Google Chrome yang anda boleh mainkan secara percuma dan kebanyakkan permainan ini tidak perlu pun sebarang muat turun keatas peranti anda?

tujuh game tersembunyi yang korang boleh main free di pelayar web google

Berikut adalah tujuh permainan tersembunyi yang anda boleh mainkan menggunakan pelayar web Google:

 

1. Google Dinosaur Game

tujuh game tersembunyi yang korang boleh main free di pelayar web google

Boleh dimainkan jika internet atau wifi anda terputus sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja. Jika ingin bermain, tutup sahaja internet anda dan dapatkan skor tertinggi dengan mengelak halangan yang datang.

 

2. Google Earth flight simulator

tujuh game tersembunyi yang korang boleh main free di pelayar web google

Dengan menggunakan aplikasi Google Earth, klik pada Menu > Tools. Kemudian klik ‘Enter Flight Simulator’ untuk mula bermain.

 

3. Atari Breakout

tujuh game tersembunyi yang korang boleh main free di pelayar web google

Untuk mula bermain, taip ‘Atari Breakout’ di carian Google dan anda boleh terus bermain. Ambil kawalan dengan menggunakan button spacebar.

 

4. Pacman

tujuh game tersembunyi yang korang boleh main free di pelayar web google

Permainan lejen ini boleh dimainkan secara percuma dengan hanya membuat carian “pacman” pada carian enjin Google.

 

5. Tic Tac Toe

tujuh game tersembunyi yang korang boleh main free di pelayar web google

Siapa je yang tak pernah bermain permainan XOXO ini kan? Cabar kehandalan anda bermain Tic Tac Toe dengan membuat Google Search “Tic Tac Toe”. Tengoklah siapa lagi handal, anda atau komputer?

 

6. Google Snake

tujuh game tersembunyi yang korang boleh main free di pelayar web google

Permainan yang popular sekitar tahun 90-an kini boleh dimainkan percuma di Google. Hanya perlu taip “Play snake”, dan permainan itu akan muncul pada bahagian atas enjin.

 

7. Google Doodle Champion Island Games

tujuh game tersembunyi yang korang boleh main free di pelayar web google

Bersempena dengan Sukan Olimpik Tokyo 2020, Google telah melancarkan satu siri permainan interaktif buat pengguna enjin carian Google. Ia dihasilkan oleh sebuah syarikat animasi Jepun iaitu Studio 4°C.

 

Dengan mengekalkan elemen permainan 16-bit seperti permainan video lama, ia boleh dimainkan dengan menekan pada laman utama enjin carian Google Chrome.

tujuh game tersembunyi yang korang boleh main free di pelayar web google

Watak Lucky the Calico Ninja Cat akan bermain pelbagai jenis sukan seperti ping-pong, skateboarding, rugbi, renang berirama, dan olahraga.

tujuh game tersembunyi yang korang boleh main free di pelayar web google

Selamat mencuba!