5G Pun Belum Sampai Lagi Tapi China Dah Start Projek 6G

5g pun belum sampai lagi tapi china dah start projek 6g

Tak dinafikan, teknologi ni sangat pantas dan semakin hari semakin canggih. Tapi, dalam dunia baru nak bersedia terima teknologi rangkaian 5G namun China telah pun memulakan projek pembangunan rangkaian 6G. Perghh ni memang pantas.

Projek ni merupakan kerjasama di antara sebuah syarikat telekomunikasi di China dan juga syarikat yang menghasilkan alat telekomunikasi. Mereka telah pun menandatagani perjanjian persafahaman dalam membangunkan rangkaian 6G.

Buat masa ni tak ada lagi details tentang pembangunan rangkaian 6G. Sebab 5G pun tak dilancarkan lagi. Cumanya, perkara yang mungkin 6G lakukan adalah mengurangkan asa pendam dan kelajuan untuk download sepantas 1 terabit sesaat berbanding 3 gigabit sesaat pada 5G! Perghhhh, laju teruk!

Tapi, dua syarikat ni bukanlah yang terawal dalam pembangunan rangkaian 6G sebab syarikat Huawei dan Samsung pun telah menjalankan pembangunan yang sama. Kalau menjadi, 6G mungkin akan hadir ke dunia pada tahun 2030.

Sumber: Amanz