Terdapat banyak konsep dan kepercayaan yang berkaitan dengan kekuatan makhluk ghaib. Salah satu konsep yang menarik dan sering dibicarakan adalah "Qarin," yang merupakan penjaga ghaib atau sahabat ghaib yang melekat pada setiap individu sejak lahir. Qarin diyakini sebagai pengawal peribadi yang mencatat segala perbuatan baik dan buruk individu, serta mempengaruhi pemikiran dan tindakan manusia.
Peranan penting Qarin adalah menguji individu dan mempengaruhi perbuatan mereka. Ia dapat menjadi suara dalam minda seseorang yang mempengaruhi keputusan manusia. Qarin juga dapat menggoda individu ke arah perbuatan yang buruk, mencuba untuk menghancurkan moral dan integriti seseorang.
Dalam episod Cerita Hantu Seram Musim Kedua, hos baharu Rizalwan Ramli atau lebih mesra dikenali sebagai Abang Wan, menceritakan apa itu Qarin dan peranannya dalam alam ini. Lebih menyeramkan episod ini adalah kisah benar seorang wanita bernama Sam. Apabila kawan kerjanya sering melihatnya di pejabat, tapi….itu bukan dirinya. Seram betul!
“Saya memang selalu kerja lewat dan beberapa kali kawan kerja saya akan tanya saya kenapa saya masih di office. Tapi saya tak ada di pejabat, saya ada kat rumah.” katanya dalam episod Cerita Hantu Seram.
“Saya bagitau mak saya(tentang peristiwa itu), dia bagitau saya yang benda itu adalah Qarin saya, tapi pada masa itu saya tak tahu apa itu Qarin.” ulasnya lagi.
Abang Wan kemudiannya terangkan apa itu Qarin dan berkongsi kisahnya tersendiri berkaitan dengan Qarin. Apa kisah abang Wan? Adakah Qarin ini baik? Bagaimana ingin kita ingin melindungi dari Qarin ini? Semuanya dalam episod keempat, musim kedua berkenaan dengan Qarin.
Setiap cerita misteri akan hadirnya mistik. Di dalam rumah berlangsirkan kain hitam ini menjadi saksi cerita entiti yang pasti mendebarkan disegenap ruang diri. Berdasarkan kisah-kisah benar, SYOK Cerita Hantu Seram menceritakan pengalaman-pengalaman seram yang pernah dilalui.