Sering Dikaitkan Dengan Mistik, Ini Maksud Disebalik Perkataan 'Angker'

Sejak kebelakangan ini, kerap kali perkataan angker meniti di bibir orang ramai setiap kali membuka cerita tentang hantu.

sering dikaitkan dengan mistik, ini maksud disebalik perkataan 'angker'

Berikutan itu, mungkin ada antara anda yang tertanya-tanya maksud di sebalik perkataan angker.

Oleh itu, kali ini Syok ingin berkongsi maksud perkataan terbabit!

Menurut carian di laman Dewan Bahasa dan Pustaka, angker membawa maksud isi bahagian dalam alat elektrik yang bergerak dan mengeluarkan bunyi apabila terdapat aliran elektrik pada alat itu.

sering dikaitkan dengan mistik, ini maksud disebalik perkataan 'angker'

Namun, jangan keliru pula! Kerana perkataan angker yang digunakan berkaitan cerita-cerita hantu yang anda dengar itu sebenarnya merupakan perkataan daripada Bahasa Indonesia.

Berbeza dengan maksud yang dipaparkan di laman Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan angker seperti yang diterangkan di laman web Kamus Besar Indonesia membawa maksud tampak seram.

sering dikaitkan dengan mistik, ini maksud disebalik perkataan 'angker'

Penggunaan perkataan angker dalam Bahasa Indonesia sering kali digunakan untuk merujuk kepada apa jua yang dianggap berhantu misalnya, ‘tempat yang paling angker dan mengerikan’.

Sekarang anda sudah tahu maksud perkataan tersebut kan? Oleh itu, jangan lupa untuk berkongsi agar kawan anda yang lain tidak lagi tertanya-tanya maksud perkataan angker!


Sumber: Kamus Besar