Disangkakan Hantu, Ramai Yang Ketakutan Selepas Melihat Foto Ini

Sekali pandang nampak menyeramkan. Foto yang dimuat naik ke akaun Twitter ini membuatkan ramai berasa takut selepas melihatnya.

Dalam foto tersebut, terlihat wajah pucat dengan mata bulat bersinar yang kelihatan samar-samar bentuk mukanya.

Foto itu membuatkan netizen terkejut sekaligus takut.

Namun, kisah disebalik foto menyeramkan ini pasti membuatkan ramai yang tergelak besar!

Ternyata, itu hanya foto bahagian perut seekor kucing betina. Kebetulan, kucing berwarna hitam itu sedang tidur sambil mengiring. LOL!