Adakah anda beminat untuk membeli sebuah kampung kuno dari kurun ke-18?
Jika YA, sebuah kampung lama di perkampungan Lawers dekat Scotland sedang dijual pada harga £125,000 (RM716,346).
Namun, runtuhan bekas perkampungan yang terletak di tepi tasik Loch Tay itu dikatakan menempatkan kediaman Lady of Lawers yang merupakan seorang ahli sihir pada abad ke-17.
Kawasan seluas 3.31 ekar dengan pemandangan indah itu merangkumi runtuhan gereja Old Lawers, sebuah kilang dan rumah milik wanita tersebut.
Tempat peninggalan tanpa penghuni itu pernah menempatkan 17 orang dan bilangannya semakin berkurang sejak terbiar dari 1926. Sejak dari itu, pelbagai penemuan mistik dikatakan muncul diperkampungan tinggal tersebut membuatkan ramai tidak berminat untuk membangunkan kawasan berkenaan.
Kawasan itu telah disenaraikan untuk dijual dalam laman Sellers Goldcrest pada 2016.
Sumber: Insider