Wanita Terkejut Terlihat Bayang Manusia Lain Dalam Video Sendiri

Seorang wanita bertukar menjadi gerun setelah terlihat sosok manusia tidak dikenali berlalu di belakangnya dalam sebuah video yang dirakamkannya.

wanita terkejut terlihat bayang manusia lain dalam video sendiri

Kayleigh Corby yang berasal dari Merseyside, England berkata dia merekodkan dirinya sebagai tanda kejutan ulang tahun untuk seorang pengguna lain yang juga merupakan kawannya.

Kejadian tersebut berlaku ketika dia bersendirian merekodkan video terbabit setelah menidurkan anak-anaknya di tingkat atas.

Kongsi wanita yang berusia 33 tahun itu lagi, dia sedikit pun tidak mengesyaki apa-apa yang pelik mengenai video tersebut hinggalah rakannya yang menerima video itu bertanya kepadanya siapa yang berdiri di belakangnya.

Corby kemudiannya melihat kembali klip tersebut yang mana dia terlihat bayangan seseorang yang berdiri di belakang sebelah kanannya.

Namun, wajah bayangan itu tidak kelihatan gelas akibat cahaya gelap yang menutupi.

Kata wanita tersebut kepada media tempatan, “Saya berada di dapur malam tadi, saya melakukan Tik Tok.

“Saya mengirimnya kepada rakan saya dan dia berkata kepada saya ‘ada sosok manusia di belakang awak, siapa di belakang awak?’ Oleh itu, saya melihat rakaman itu dan mendapatinya benar-benar ada.”

Akibat takut dan khuatir dengan keselamatan dirinya dan anak-anak, Corby kemudian terpaksa menghubungi ibu bapanya untuk tidur di rumah dia pada malam kejadian.

 

Sumber: [1]