Seorang wanita telah berkongsi satu rakamannya yang menyeramkan ketika dia menjelajah masuk sebuah hospital mental lama di Wales.
Kayleigh Love berkata dia ‘beruntung’ kerana dapat merakam satu lembaga paranormal. Pada penghujung rakamannya, dapat lihat dengan jelas akan satu tubuh manusia yang memakai serba putih.
Pada awalnya, dia sendiri tidak menyedari akan kewujudan lembaga itu dan kemudiannya dia merendahkan kamera. Bagaimanapun, ketika dia mengangkat semula kamera tersebut, lembaga itu telah pun hilang.
Miss Love merupakan seorang penyiasat paranormal dan dia memuatkan kandungan pada laman YouTube, Love To Investigate. Bagaimanapun, Miss Love tidak mahu mendedahkan tempat tersebut.
“Saya merasakan lembaga tersebut merupakan seorang pesakit yang masih terperangkap di situ dan biliknya terletak di koridor.” Ceritanya.
Sumber: METRO