Seorang wanita di England bernama Rebecca Glassborow bertukar ketakutan setelah menyedari kelibat aneh yang terakam pada foto berkumpulan bersama rakan-rakannya.
Ketika foto tersebut ditangkap, Rebecca sedang berkumpul bersama enam orang rakannya sebelum mereka akhirnya mengambil foto bersama.
Namun apa yang mengejutkan adalah apabila dia dan rakan-rakannya melihat kelibat seorang wanita berambut hitam yang menakutkan berdiri di belakang dalam foto tersebut.
Setelah melihat foto tersebut, mereka segera menjadi ketakutan dan melihat sekeliling ruang apartmen itu.
Kongsi Rebecca menerusi satu entri yang dimuat naik di Facebook, dia kini ketakutan untuk tinggal di tempat tersebut.
Lagi-lagi setelah terdengar mengenai desas-desus yang mengatakan bahawa seseorang pernah meninggal dunia di bilik mandi apartmen tersebut, menyebabkan Rebecca mempercayai bahawa bangunan tersebut kini berhantu.
Tulisnya, “Ini adalah foto yang akan menyebabkan anda merinding, sebenarnya cukup menakutkan.”
Tambahnya lagi, “Kami tidak tahu apa itu. Sebilangan daripada kami mengatakan bahawa wanita itu berambut perang panjang,” ujarnya.
Dalam pada itu, Rebecca turut menjelaskan dia pernah mendengar jirannya bercerita bahawa seorang lelaki pernah meninggal dunia di tempat mandi di mana foto tersebut diambil.
Menurutnya lagi, dia kini masih berada dalam ketakutan dan sering memikirkan kejadian tersebut. Dia bahkan mengalami masalah tidur setelah mengalami kejadian aneh itu.
“Saya pernah terfikir mengenai sosok gelap yang berada di dalam bangunan dan masuk ke bilik tidur ketika saya sedang tidur. Ia telah bermain dalam fikir saya dan membuatkan saya terjaga pada waktu itu,” kata Rebecca.
“Sejak foto itu diambil pada Oktober lalu, saya rasa bangunan itu berhantu. Ia telah mengubah pendapat saya sepenuhnya mengenai pangsapuri tempat kami tinggal,” lanjutnya lagi.
Di samping itu, Rebecca juga mengakui bahawa dia dan rakan-rakannya ada kalanya terdengar suara pelik. Namun dia tetap sahaja cuba berfikir positif dan menganggap itu adalah suara jirannya.
Sumber: [1]