Seorang lelaki yang dikenali sebagai Paul Jones dari Liverpool telah berkongsi satu cerita yang menyeramkan. Ketika beliau sedang menghias rumah, tiba-tiba dia ternampak sekeping gambar polaroid.
Bersama gambar itu terdepat sekeping kertas tertulis satu mesej yang agak seram dan psycho;
“Megan, aku benci kau sangat-sangat sekarang tapi aku sayang kau…”- Begitulah mesej yang tertulis pada kertas tersebut.
Polaroid yang ditemui oleh Jones pula adalah sekeping gambar akan seorang lelaki berpakaian badut. Mukanya menunjukkan dia sedang bersedih.
Pada awalnya, lelaki itu menyangkakan mesej tersebut ditulis oleh anak tuan rumah sebelum ini. Tapi, dia teringat akan mereka tidak mempunyai anak. Haa sudah!
Sumber: MIRROR