Seramnya! Tengah Tengok TV, Tiba-Tiba Ternampak Ada Lembaga Pada Tingkap Bilik

seramnya! tengah tengok tv, tiba-tiba ternampak ada lembaga pada tingkap bilik

Seorang wanita berada dalam keadaan ketakutan selepas beliau ternampak sesuatu yang menakutkan pada pantulan cermin.

ALkisahnya terjadi apabila beliau mahu baring di atas katil sambil menonton TV. Sedang dia asyik menonton TV tiba-tiba dia terperasan akan satu bayangan pada cermin.

Tengok punya tengok, memang bayangan tu menakutkan. Hampir sahaja dia berlari meninggalkan ahli keluarganya yang ada di dalam rumah itu dalam keadaan tidak berpakaian.

Menurut wanita itu, dia terlihat akan kelibat seorang wanita yang berpakaian seperti seorang paderi pada tingkap bilik tidurnya.

Tapi, apabila dia kembali semula dalam bilik tu dan melihat TV barulah dia perasan sesuatu. Rupa-rupanya bayangan tersebut merupakan pantulan daripada skrin TV-nya.

seramnya! tengah tengok tv, tiba-tiba ternampak ada lembaga pada tingkap bilik

Wanita tersebut telah berkongsi pengalamannya melalui Twitter dan mendapat hampir 160,000 likes dan pelbagai respond.

Sumber: MIRROR