Seramnya! Lepas Lima Tahun Baru Perasan Ada Bilik Lain Dalam Rumah Sendiri

seramnya! lepas lima tahun baru perasan ada bilik lain dalam rumah sendiri

Seorang wanita telah berkongsi satu video yang amat pelik dan menyeramkan tentang rumahnya. Dalam video tersebut, beliau menunjukkan sebuah bilik misteri yang baru ditemui olehnya selepas lima tahun tinggal di dalam rumah itu. WEH!

Bilik tersebut seperti sebuah bilik rahsia kerana tersembunyi di belakang dinding. Di dalam video tu, dia menunjukkan keadaan bili tersebut yang mempunyai dua bata dan dindingnya bercorak batu kelabu. Batu tersebut boleh digerakkan dan mendedahkan tombol berwarna emas.

Kemudian, pintu bilik tersebut terbuka dan mendedahkan saiz bilik itu yang sebesar almari. Mereka sendiri tidak tahu bahawa bilik itu wujud sebelum ini.

“Kami dah tinggal di dalam rumah ini selama 6 tahun dan tak pernah perasan ada pintu rahsia yang membawa ke sebuah tempat simpanan kecil di belakang kawasan makan.” Cerita perempuan tersebut.

Weh, seramnya baca!

Sumber: MIRROR