Sekeping kunci yang digunakan untuk membuka pintu menara yang dibina pada kurun ke sebelah telah dipulangkan semula selepas dipinjam pada 1973.
Peminjam kunci misteri itu telah memulangkan semula bersama sekeping nota memohon maaf atas kelewatan.
“Pinjam pada 1973, kembalikan pada 2020. Maaf kerana terlambat” tulis pemulang kunci tersebut pada sekeping kertas.
Menurut laporan MIRROR, kunci itu diserahkan pada bahagian khidmat pelanggan bangunan lama berkenaan. Namun, mereka tidak dapat mengenalpasti identity pemulang kunci itu.
Kunci itu dicuba untuk membuka tombol pintu yang ada pada bangunan tersebut. Ternyata itu adalah kunci yang dicari selama ini.
Pihak penjaga bangunan tersebut mengharapkan si pemulang untuk tampil bagi menjawab beberapa soalan yang mereka pendamkan selama ini.
Sumber: MIRROR