Payah Tidur Selama Berminggu-Minggu, Rupanya Bilik Wanita Ini Ada Mayat...

Seorang wanita di Los Angeles mengalami sakit kepala selama berminggu-minggu dan tidak dapat tidur malam hanya untuk mendapat tahu biliknya terdapat mayat yang tidak diketahui lokasinya.

payah tidur selama berminggu-minggu, rupanya bilik wanita ini ada mayat...

Memetik laporan Mirror News UK, jelas wanita bernama Reagan Baylee itu menerusi video TikTok miliknya di akaun @reaganbaylee, “Saya mengalami sakit kepala, saya benar-benar tidak tidur sepanjang malam, saya berasa sangat mual.

“Sejujurnya semua orang menghadapi situasi seperti ini kerana kesunyian semasa kuarantin,” katanya.

Tambahnya, “Tidak seperti saya, tidak dapat tidur sepanjang malam jadi saya fikir itu sangat pelik. Saya hanya menghiraukan perasaan itu kerana saya fikir saya benar-benar sedih dan tertekan.”

Namun lama-kelamaan, bau yang tidak menyenangkan itu disusuli dengan serangkai peristiwa menyeramkan.

Reagen terlihat banyak serangga dan labah-labah muncul di apartmennya.

Tidak tahan lagi terhadap situasi tersebut, Reagen mengadu kepada pihak pengurusan apartmen yang didiaminya.

Tetapi, keadaan pandemik telah melambatkan pemeriksaan.

“Secara jujur, gambaran terbaik saya terhadap bau ini adalah seperti bangkai ikan, jadi saya fikir mungkin seekor burung telah menangkap ikan, tetapi jika dilihat semula, itu adalah perkara paling bodoh kerana tidak ada berhampiran saya,” katanya.

“Saya mula berfikir mungkin jiran yang tinggal di sebelah yang kematian anjing peliharaannya atau sesuatu telah berlaku dan saya benar-benar risau. Tetapi pengurus saya memberitahu saya bahawa dia tidak boleh mula mengetuk pintu jiran dan mengganggu mereka,” lanjut Reagan.

Reagan semakin yakin bahawa sesuatu yang buruk telah berlaku di bilik jirannya.

Dia kemudian menelefon kawannya untuk menemaninya tidur.

Tetapi keadaan sama sekali tidak bertukar menjadi lebih baik kerana kawannya itu menjadi mual dan menghadapi masalah tidur akibat bau busuk itu.

Akhirnya, dia memaksa pengurus apartmen untuk datang memeriksa.

“Dia berjalan menaiki tangga, dia bahkan tidak dapat menaiki tangga tanpa muntah. Dia menanggalkan topengnya dan berkata, saya mendapat petunjuk, seseorang telah mati,” kata Reagan.

 

Sumber: [1]