Satu momen ngeri sempat ditangkap pada kamera pengawasan di sebuah gim di Colombia hingga menjadi tular di TikTok.
Dalam video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang sedang bersenam tiba-tiba kelihatan seperti diheret oleh makhluk yang tidak kelihatan.
Video tersebut dikongsikan di TikTok oleh pengguna @/donnieahmad.
Dalam video itu, seorang lelaki berpakaian kemeja hitam lengkap dengan topeng muka dilihat sedang memanaskan badan sebelum insiden ngeri itu terjadi.
Tidak lama selepas menjalani sesi memanaskan badan, lelaki itu nampaknya mula perasan perkara pelik yang mana barang di sekelilingnya bergerak dengan sendiri.
Lelaki itu mula merasakan sesuatu yang ganjil dan memutuskan untuk bergegas pergi, tetapi dia tiba-tiba jatuh ke lantai.
Dalam video itu, kaki kanannya kelihatan terangkat tinggi ke udara dan seolah-olah diseret ke atas lantai oleh sesuatu yang tidak kelihatan.
Terkejut dengan kejadian tersebut, lelaki itu segera berdiri dan meluru pergi sambil meninggalkan barang-barangnya di gim.
Dalam rakaman lain, lelaki itu dilihat berlari ke bawah dan bercakap dengan seorang kakitangan di meja depan bagi menjelaskan insiden tersebut.
Bagaimanapun, tidak maklumat lanjut sekiranya video tersebut adalah rakaman asal atau hanya rekaan semata-mata.
Sumber: [1]