Lelaki Hampir ‘Sakit Jantung’ Akibat Diperhatikan Mesin Basuh

Seorang lelaki berkongsi bahawa dia ‘hampir mengalami serangan jantung’ setelah terlihat ada wajah yang menatapnya dari dalam mesin basuh sebelum menyedari bahawa ‘wajah’ tersebut sebenarnya ialah kusyen yang mempunyai wajah bintang legenda, David Bowie, kegemaran anjingnya.

lelaki hampir ‘sakit jantung’ akibat diperhatikan mesin basuh

Semuanya terjadi apabila lelaki yang bernama Alex Boardman ini ingin memberikan treats kepada anjing peliharaannya itu.

Tapi anjing tersebut memuntahkan makanan ringan itu pada kusyen tersebut.

Alex kemudiannya terlupa bahawa dia telah meletakkan kusyen itu di dalam mesin basuh sambil dikelilingi tuala anjingnya itu.

Berkongsi mengenai cerita lucu itu kepada pengikutnya di Twitter, tulis Alex, “Terlupa saya telah mencuci selimut anjing saya dan kusyen David Bowie. Hampir sahaja mengalami serangan jantung.”

Tambahnya lagi, “Ia sungguh menakutkan kerana saya lupa saya telah memasukkannya ke sana.

“Sebab mengapa ia dicuci adalah kerana pagi itu saya memberikan ayam barbeku kepada Boo (nama anjing) sebagai makanan ringan. Ia sama sekali tidak masuk dengannya dan dia sakit hingga memuntahkannya semula pada bantal tersebut.

“Jadi alang-alang saya membasuh bantal tersebut, saya juga perlu membasuh selimut lalu memasukkannya ke sana (mesin basuh).

“Saya benar-benar terlupa, dan kemudian berjalan kembali ke bilik dan ia menakutkan hidup saya.”

 

Sumber: [1]