Seorang lelaki dari New Jersey, Gary DeNoia mengakui mempunyai hubungan dengan hantu bernama Lisa.
Menurutnya, dia telah berpacaran dengan hantu tersebut selama dua tahun. Bagaimanapun, lelaki tersebut mula risau dan berasa tertekan kerana dia merasakan Lisa akan mencuranginya sewaktu perintah berkurung
Dia merasa sedemikian apabila pasangannya itu bebas bertemu sesiapa sahaja, sedangkan dia perlu patuh kepada perintah pihak berkuasa.
Gary juga bercerita, Lisa sering membantunya menyelesaikan kerja rumah seperti memasak dan melipat cucian. Mereka juga sering menonton tv bersama-sama.
"Dia akan membantuku memasak dan melipat cucian. Kami selalu menonton TV bersama. Sepanjang waktu. Itu menyenangkan, tetapi melelahkan," Cerita Gary.
Namun, semenjak kebelakangan ini, Gary mereka kurang senang apabila Lisa melanggar perintah kuarantin. Dia takut sekiranya hantu tersebut curang dengan lelaki lain sewaktu beliau berada di rumah.
Sumber: Suara.com