Kelibat Mayat Kembung & Reput Yang Meninggal Dunia Akibat COVID-19 Penuhi Tebing Sungai Di India

Baru-baru ini, BBC melaporkan mengenai puluhan mayat yang muncul di tebing sungai, di hamparan air yang bersempadan dengan negeri-negeri utara India, iaitu Bihar dan Uttar Pradesh.

kelibat mayat kembung & reput yang meninggal dunia akibat covid-19 penuhi tebing sungai di india

Menurut Al Jazeera News pula, terdapat teori yang tercetus dalam kalangan penduduk setempat, yang mana, ada yang berspekulasi bahawa terjadinya situasi sebegitu disebabkan oleh keluarga si mati yang tidak berhasil menemukan plot terbuka di tanah perkuburan atau krematorium untuk membakar mayat tersebut, selain tidak mampu membeli kayu untuk membuat pir pengebumian.

Pengakhirannya? Adalah dengan menghanyutkan mereka ke dalam sungai.

Susulan itu, Sungai Gangga dilihat sebagai alternatif yang bersesuaian untuk upacara pengebumian di negara tersebut berikutan perairan sungainya, yang disebut sebagai ‘Gangaa Jal’, yang dipercayai memiliki kekuatan pemurnian.

Berdasarkan laporan media antarabangsa itu lagi, orang kebiasaan tidak mempunyai wang untuk membayar hospital swasta dengan cas tinggi yang dikenakan, yang mana mereka mengecas sebanyak 2,000 rupee, iaitu kira-kira RM112 hanya untuk mengeluarkan mayat dari ambulans, tidak termasuk kos lain-lain lagi.

Oleh itu, sungai menjadi jalan terakhir mereka, sehinggakan kebanyakan penduduk memilih untuk menghanyutkan mayat-mayat tersebut ke dalam sungai.

Difahamkan bahawa pihak berkuasa tempatan masih belum dapat mengesahkan jumlah mayat yang dikeluarkan dari sungai terbabit.

Namun, menurut saluran berita Indian Times Now News, terdapat penduduk setempat yang mengatakan kira-kira 150 mayat telah dijumpai dan kemungkinan juga mangsa yang meninggal dunia akibat COVID-19 itu dibuang di tebing sungai sebelum dihanyutkan menerusi arus sungai.

Dalam laporan BBC baru-baru ini juga, disahkan sekurang-kurangnya 40 mayat ditemui dalam keadaan yang menunjukkan kemungkinan bahawa mereka terapung di perairan Gangga selama beberapa hari.

Saluran berita India, NDTV, turut melaporkan bahawa mayat-mayat yang kembung dan separuh terbakar itu ditemui hanyut di perairan berhampiran daerah Buxar Bihar, sebuah negeri yang berjiran dengan Uttar Pradesh.

Uttar Pradesh merupakan negeri yang mencatat penduduk paling ramai di India dan menempatkan sekitar 200 juta orang.

Negeri tersebut juga terus bergelut dengan gelombang kedua virus COVID-19 yang telah menjejaskan sistem penjagaan kesihatan negara tersebut dengan parah.

Seorang pegawai tempatan, Ashok Kumar, menjelaskan bahawa jenazah yang dikeluakan dari sungai terbabit akan dikebumikan atau dikremasi.

India merupakan negara ketiga yang paling terjejas akibat COVID-19 yang mana setakat ini, ia telah mencatatkan lebih daripada 22.7 juta kes dengan lebih 246,000 kematian.

 

Sumber: [1]