Dua Pengunjung Taman Tema Tercampak Dari Kerusi Permainan Spiral Jet

dua pengunjung taman tema tercampak dari kerusi permainan spiral jet

Memang seronok pergi taman tema ni. Lagi, lagi main benda ekstrem. Tapi pernah terbayang tak kalau korang tercampak dari kerusi permainan yang dinaiki.

Uish, yang ni memang tak boleh nak imagine kan?

Itu lah yang terjadi pada dua orang pengunjung sebuah taman tema di Antipolo City, Filipina.

Dikatakan mereka berdua sedang menaiki permainan Spiral Jet namun, kerusi yang dinaiki tu tercabut. Akibatnya, mereka berdua tercampak daripada permainan tersebut.

Akibatnya, mereka berasa sangat trauma. Sejurus kejadian tu berlaku, kakitangan taman tema serta penonton terus membantu mangsa.

Buat masa ini pihak berkuasa sedang menjalankan punca kejadian. Pengendali karnival tersebut turut menyatakan tanggungjawab mereka dan bersedia untuk menanggung segala ganti rugi yang dialami oleh mangsa.

Haaa ingatan kepada korang juga. Jangan seronok sangat dekat taman tema tu sampai terlupa nak jaga keselamatan.

Sumber: Astro Awani