Di Sebalik Kerisauan Pandemik, Terselit Kisah Seram – Filem Kelaster

Pasti ramai penggemar filem-filem seram di luar sana kan? Kami yakin, peminat genre ini pasti rindu untuk menikmati adrénalina rush atau rasa cemas. Ye tak?

Ni ada filem baru, filem seram terbaru untuk anda. 

Kelaster, sebuah filem seram tempatan yang mengisahkan tentang tiga pelajar yang tidak dapat pulang ke kampung dan terpaksa duduk di kolej kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diganggu dengan pelbagai kejadian pelik dan misteri. Lebih mendebarkan apabila mereka dapati telah berlakunya satu insiden ngeri sehingga setiap gerak geri seperti diperhatikan. 

Filem ini menampilkan pelakon-pelakon terkenal seperti Nora Danish, Azhan Rani, Achey, Amyza Aznan dan bintang Hero Remaja 2020, Meerqeen. Manakala Razif Ajiboy Rashid bertanggungjawab sebagai pengarah, penulis skrip dan lakon layar. 

di sebalik kerisauan pandemik, terselit kisah seram – filem kelaster

Menurut Penerbit Eksekutif Filem Kelaster dari D Alpha Legacy (M) Sdn Bhd, Sanjay Kumar Veerasingam idea menghasilkan Kelaster ini tercetus setelah melihat apa yang berlaku ketika tempoh PKP yang lalu. Pihak mereka kemudian mengolahnya menjadi sebuah cerita yang menarik. Manakala tempoh sesi penggambaran hanya mengambil masa enam hari.

Saksikan filem Kelaster di pawagam rumah anda, Astro First mulai 24 September 2020. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.