Korang dah tengok ke 3 episod drama SYOK Seram: BUKU- Jangan Baca, Aku Akan Ada? Kalau belum, boleh lah tengok sekarang di aplikasi SYOK dan juga media sosial SYOK.
Untuk pengetahuan korang, SYOK Seram merupakan annual original content. Kalau tahun lepas, kitorang dah terbitkan drama audio dan imaginasi SYOK Seram: Bangunan. Tahun ini, kita bawakan konsep drama pendek pula.
Sebenarnya, idea asal SYOK Sera mini dicetuskan oleh Digital Content Manager SYOK sendiri iaiti Farah Amir. Kemudian, jalan cerita ini ditokok tambah oleh Hanim Amron, salah seorang pereka grafik di Astro Radio yang sangat suka dengan kisah seram dan mistik. Hanim sebelum ini pernah menulis untuk drama seram berjudul BISIK.
Selepas itu, keseluruhan drama SYOK Seram ini dibantu dan mendapat sentuhan daripada seluruh team Astro Radio sendiri. Kalau korang tengok poster-poster seram tu, semuanya dihasilkan oleh team pereka grafik yang terdiri daripada Izzah, Rara, Ricky dan Razi Abdul Rahman.
Drama ini dilakonkan oleh Haidar sebagai Hasrul, seorang penyampai radio. Nura Khadija pula memegang watak sebagai Cempaka Putih iaitu seorang wanita klasik yang penuh misteri. Istimewanya SYOK Seram: BUKU kali ini ialah penampilan dua bintang terkenal iaitu Siti Elizad sebagai Linda dan Rahim Sepahtu membuat penampilan istimewa.
Sedikit synopsis cerita ini, SYOK Seram:BUKU- Jangan Baca, Aku Akan Ada mengisahkan seorang penyampai radio, Hasrul yang telah menerima sebuah buku pemberian Cempaka Putih. Semenjak daripada itu, kehidupannya mula terganggu dengan benda-benda mistik.
So, jangan lupa untuk saksikan episode akhir SYOK Seram: BUKU- Jangan Baca, Aku Akan Ada di aplikasi SYOK pada Jumaat ini jam 9 malam.