1. The Dybbuk Box
Pada tahun 2001, Kevin Mannis membeli sebuah kabinet meletakkan wine dari sebuah lelong. Apabila membeli kabinet tersebut hampir setiap malam Kevin mendapat mimpi buruk, tragis bila dia memutuskan untuk memberikan cabinet tersebut kepada ibunya dan ibunya terkena serangan strok pada hari yang sama.
Sejak dari hari itu sesiapa yang memiliki cabinet tersebut akan menerima nasib yang malang, pemilik terakhir kotak ini dijangkiti oleh penyakit kulit yang sangat kronik. Lagenda menceritakan yang kotak ini disumpah oleh roh yang digelar Dybbuk semasa perang dunia kedua dahulu. Kotak ini disembunyikan dari pandangan umum dan ia menjadi inpirasi kepada filem seram ‘The Possession’.
2. The Hand Resist Him Painting
Sesiapa yang ingin membeli lukisan ini diberikan amaran bahawa perkara pelik akan berlaku khususnya pada waktu malam. Sesiapa yang pernah memiliki lukisan ini melaporkan yang budak lelaki dan perempuan di dalam lukisan akan berpindah posisi dan ada ketika mereka akan hilang dan kembali semula keesokan hari.
Menurut pelukis lukisan ini Bill Stoneham, pintu di belakang budak lelaki ini adalah pintu kepada dunia alam lain. Apa yang pelik, pemilik galeri tempat dimana lukisan ini mula dipaparkan dan juga pengkritik lukisan ini meninggal setahun selepas melihat lukisan ini.
3. Crying Boy Painting
Hasil lukisan pelukisan Itali, Geovani Bragenlin pada tahun 1950 menjadi lukisan yang sangat popular sehinggakan replica lukisan asal dicipta berkali-kali dan disebarkan di seluruh Britain. Apa yang menakutkan rumah yang memiliki lukisan ini cenderung dijilat api dan keadaan ini bertambah lagi pelik apabila kesemua perabot rumah terbakar dan hanya lukisan ini yang terselamat dan masih berada dalam keadaan yang baik.
Walaupun ramai yang percaya bahawa ini cumalah satu kebetulan sahaja dan tidak lebih dari itu, ada juga yang percaya lukisan ini adalah sebuah lukisan yang disumpah.
4. Busby’s Stoop Chair
Kisah sumpahan kerusi ini bermula pada tahun 1702, bila seorang pembunuh yang telah dijatuhkan hukuman mati duduk di kerusi ini untuk menikmati jamuan terakhirnya di sebuah restoran. Apabila dia berdiri dari kerusi tersebut, dia sempat berkata “Sesiapa yang duduk di kerusi ini, dia akan meninggal dunia”, sebelum berlalu pergi dan dijatuhkan hukuman.
Sejak kejadian itu, lebih dari 63 orang yang pernah duduk di kerusi tersebut meninggal dunia ataupun jatuh sakit. Disebabkan kerisauan dengan sumpahan tersebut, pemilik restoran kemudian memberi kerusi tersebut kepada muzium pada tahun 1972. Kerusi tersebut bergantung di dinding dengan 1.5-meter dari lantai untuk mengelakkan orang lain daripada duduk di atas kerusi tersebut.
5. Baju kahwin Anna Baker
Ini kisah Anna Baker, seorang gadis dari keluarga yang berada jatuh cinta dengan seorang tukang besi dari keluarga yang miskin. Mereka merancang untuk berkahwin dan telah pun membeli baju kawin ini. Sebelum mereka sempat untuk berkahwin, ayah Anna menentang perkahwinan tersebut.
Oleh kerana perasaan kecewa dan marah, Anna memutuskan untuk tidak mahu berkahwin dengan orang lain sehinggalah dia meninggal dunia pada tahun 1914. Hari ini, baju kawin Anna Baker diletakkan di dalam cermin kaca di bilik lamanya, ada yang melaporkan pernah melihat baju tersebut bergerak dengan sendiri malah mundar mandir di kawasan rumah keluarga Baker, mereka percaya yang itu adalah roh Anna yang menari nari menggunakan baju tersebut yang dia tidak pernah alami semasa dia masih hidup.
Sumber: kupikupigo.com