Wanita Tulis Tiap Ekor Nyamuk Yang Dia Pernah Bunuh Dalam Buku Jurnal

Nyamuk merupakan serangga yang ‘menjengkelkan’ apabila ia mendekati kita untuk menghisap darah.

 

Sudah tentu sebagai manusia biasa, kita akan menampar dan membunuh nyamuk yang hinggap di tubuh badan kita sendiri. Namun, pernahkah anda menyimpan rekod berapa ekor nyamuk yang pernah anda bunuh?

wanita tulis tiap ekor nyamuk yang dia pernah bunuh dalam buku jurnal

Itu yang dilakukan seorang wanita ini apabila dia membuat rekod dalam sebuah buku setiap ekor nyamuk yang dibunuh olehnya.

wanita tulis tiap ekor nyamuk yang dia pernah bunuh dalam buku jurnal

Pengguna Tiktok @kittybimbs mencuri perhatian ramai pengguna media sosial berkenaan kerana ‘kesungguhannya’ dalam membuat rekod ‘jurnal nyamuk’ setiap ekor serangga itu yang mati ditangannya.

wanita tulis tiap ekor nyamuk yang dia pernah bunuh dalam buku jurnal

Dalam buku berkenaan, wanita tersebut menulis maklumat seperti masa, tempat dan cara kematian nyamuk-nyamuk itu. Malah, beliau turut memberikan nama-nama kepada mereka dalam buku tersebut.

 

@kittybimbs back w another mosquito journaling video 🦟 #mosquito #mosquitojournal ♬ Obituary - Alexandre Desplat

 

Ia termasuklah seekor nyamuk yang dibunuhnya ketika bercuti di Bali, dan ia dibawa pulang olehnya ke Singapura untuk direkodkan.

 

@kittybimbs expanding my collection internationally🦟 #mosquitobook #mosquitocollection #balitok #mosquitogirl ♬ September - Earth, Wind & Fire

 

Sumber: Tiktok / Mustsharenews