Wanita Tinggi Lampai Ini Akui Sukar Cari Pasangan, Tak Kisah Kalau Lelaki Itu Lebih Rendah

Seorang wanita yang mempunyai ketinggian 187.9 sentimeter mengakui sukar untuk dirinya bertemu teman lelaki yang sesuai disebabkan keadaan fizikalnya itu.

wanita tinggi lampai ini akui sukar cari pasangan, tak kisah kalau lelaki itu lebih rendah

Marie Temara, 28, dari Florida berkata, dia kini sedang berusaha untuk membuang stigma orang ramai terhadap dirinya, namun sukar untuk menemui pasangan yang sesuai.

 

Disebabkan ketinggiannya itu, dia juga sukar untuk keluar temu janji kerana hanya dua peratus sahaja populasi di negeri itu yang ada ketinggian lebih 190 sentimeter.

wanita tinggi lampai ini akui sukar cari pasangan, tak kisah kalau lelaki itu lebih rendah

“Saya mengaku amat sukar untuk menemui lelaki lebih tinggi daripada saya. Mencari teman lelaki adalah hampir tidak mungkin kerana pilihan yang ada amat terhad.

“Saya juga kerap diberitahu bahawa tiada lelaki sukakan gadis tinggi, saya kelihatan seperti lelaki yang memakai kasut tumit tinggi serta saya terlalu berat untuk menjadi wanita,” katanya.

 

Beliau baru mula bertemu janji dengan lelaki yang lebih rendah daripadanya dan kini terbuka untuk berkenalan dengan mana-mana sahaja lelaki.

wanita tinggi lampai ini akui sukar cari pasangan, tak kisah kalau lelaki itu lebih rendah

“Namun, ada masanya agak sukar untuk menemui lelaki yang tidak kisah dengan bentuk fizikal saya yang lebih tinggi. Saya berharap dapat mengubah stigma bahawa ‘lelaki perlu lebih tinggi dalam sesuatu hubungan’ kerana ketinggian tidak penting,” katanya lagi.

 

Meskipun beliau sudah kelihatan cukup tinggi, beliau sebenarnya paling rendah dalam keluarga. Bapanya mempunyai ketinggian 190cm, ibunya 195.8cm, abangnya 205.7cm dan adik lelakinya pula 208.2 cm.

wanita tinggi lampai ini akui sukar cari pasangan, tak kisah kalau lelaki itu lebih rendah

Sumber: New York Post