Pertama Kali Naik Pesawat, Wanita Tertinggi Di Dunia Ini Terpaksa Baring

Wanita tertinggi di dunia telah melalui satu pengalaman baharu buatnya apabila pertama kali menaiki pesawat ketika usianya kini 25 tahun.

pertama kali naik pesawat, wanita tertinggi di dunia ini terpaksa baring

Bagaimanapun disebabkan saiz tubuhnya yang terlalu tinggi dan tidak muat dengan ukuran standard tempat duduk pesawat, maka wanita ini terpaksa berbaring pada enam kerusi di kelas ekonomi.

 

Rumeyrsa Gelgi mempunyai ukuran ketinggian 7 kaki, menghidap sindrom Weaver yang menyebabkan dia membesar secara ekstrim. Malah, Gelgi juga terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

 

Gelgi pertama kali merasai pengalaman menaiki pesawat Turkish Airlines dari Istanbul ke San Francisco, Amerika Syarikat.

pertama kali naik pesawat, wanita tertinggi di dunia ini terpaksa baring

Disebabkan saiz ketinggiannya yang luar biasa, pihak syarikat penerbangan terpaksa mengubah enam kerusi kapal terbang kepada sebuah pengusung untuk membolehkan Gelgi berbaring dengan selesa.

 

Gelgi turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang memudahkan urusannya untuk penerbangan itu.

 

“Satu perjalanan yang lancar dari awal sehingga tiba, ini adalah penerbangan yang pertama dan ia tidak akan menjadi yang terakhir.

“Terima kasih kepada semua orang yang terlibat untuk membantu sepanjang perjalanan saya ini,” tulis Gelgi.

 

 

Gelgi yang bekerja dalam industri teknologi perisian berkata dia akan berada di Amerika Syarikat selama enam bulan untuk mengembangkan kerjayanya serta berkolaborasi bersama Guiness World Records.

 

Sumber: Mirror